Terma Rujukan

Jawatankuasa Pembaharuan Institusi

Terma-Terma Rujukan

 

Sedangkan-

  1. Institusi-institusi utama di negara ini telah mengalami krisis kepercayaan orang awam dan hakisan kebebasan mereka sehingga tiang-tiang pentadbiran yang baik, termasuk pengasingan kuasa dan Kedaulatan Undang-undang, telah dihakis.

  2. Terdapat pelbagai undang-undang berkuatkuasa yang menolak atau mengancam kebebasan asasi yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan yang tidak selaras dengan Kedaulatan Undang-undang.

  3. Terdapat satu keperluan untuk menguatkuasakan Kedaulatan Undang-undang dengan mengukuhkan institusi-institusi utama ini dan melalui penyemakkan-penyemakkan dan imbangan-imbangan yang menyokong sistem pentadbiran demokratik.

  4. Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan pada 12 Mei 2018, mengiktiraf bahawa pembaharuan-pembaharuan ekonomi perlu disertai dengan pembaharuan-pembaharuan institusi, telah menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi pada 15 Mei 2018 [JPI].

 

Yang berikut adalah Terma-terma Rujukan JPI: –

 

  1. Untuk menyiasat dan mengkaji keadaan semasa institusi-institusi utama bagi mengenal pasti kekurangan dan bidang-bidang bermasalah dan untuk memeriksa kecukupan penyemakkan-penyemakkan dan imbangan-imbangan untuk memastikan kebebasan mereka.

  2. Untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan yang berkenaan dan sehubungan itu menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil sekiranya perlu untuk membantu JPI dan untuk mengendalikan semua penyiasatan, pemeriksaan atau penyelidikan seperti yang diperlukan.

  3. Untuk membuat cadangan-cadangan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan untuk pembaharuan pelbagai institusi bagi memastikan kebebasan mereka dan untuk memastikan bahawa penyemakkan-penyemakkan dan imbangan-imbangan yang mencukupi adalah sedia ada.

  4. Untuk mengkaji semua undang-undang seperti yang diperihalkan dalam Recital 3 yang tidak selaras dengan Kedaulatan Undang-undang.

  5. Untuk membuat cadangan-cadangan kepada Majlis Penasihat Kerajaan mengenai pemansuhan atau pemindaan undang-undang yang telah dikaji untuk menyelaraskannya dengan Kedaulatan Undang-undang.

  6. Untuk membuat cadangan-cadangan, sekiranya ada, mengenai keperluan-keperluan bagi kajian selanjutnya atau pemeriksaan yang mungkin perlu dijalankan pada masa hadapan berkenaan dengan institusi-institusi atau undang-undang yang lain.

  7. Untuk mengemukakan semua dapatan dan cadangan sedemikian pada atau sebelum 16 Julai 2018.

Jawatankuasa Pembaharuan Institusi

Image result for DATO' KC VOHRAH

Dato’ KC Vohrah

Image result for mah weng kwai

Dato’ Mah Weng Kwai

Datuk Mohamed Arshad Raji

Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi

Dato’ Ambiga Sreenevasan