Jawatankuasa Pembaharuan Institusi

SIARAN AKHBAR

 

Kenyataan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Institusi

Majlis Individu Terkemuka (Council of Eminent Persons)


Jawatankuasa Pembaharuan Institusi hulurkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kebanyakan orang awam dan pihak-pihak berkepentingan yang telah sukarela memberikan bantuan mereka kepada Jawatankuasa.

Terdapat beberapa individu dan kumpulan yang didekati oleh Jawatankuasa kami minggu lepas untuk representasi bertulis mereka yang akan dikemukakan pada 23 Mei 2018. Sebenarnya ada beberapa yang telah melakukannya dan Jawatankuasa telah bermula mengkaji representasi mereka.

Jika perlu, beberapa individu dan kumpulan tersebut akan diminta untuk menghadiri perbincangan tertutup dengan Jawatankuasa pada tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut: Mei 28, 29, 30 dan Jun 1, 4, 8, 10, 12, 13, 18.

Bagi individu dan kumpulan yang lain yang ingin memaklumkan Jawatankuasa mengenai institusi-institusi yang mempunyai kecacatan struktur atau telah gagal untuk berfungsi menurut undang-undang atau mempunyai pentadbiran yang lemah atau proses membuat keputusan yang tidak berkesan atau mekanisme pembetulan yang tidak mencukupi, sila serahkan representasi bertulis sebelum 28 Mei 2018 kepada Sekretariat, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, di Level 32, Ilham Tower, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia, dan salinan emel kepada irc@jpm.gov.my.

Jawatankuasa memohon agar representasi tersebut sepatutnya untuk tujuan pembaharuan institusi dan isu-isu institusi dan bukan mengenai sebarang keluhan peribadi atau salah laku pegawai awam.

Jawatankuasa akan jika perlu, menjemput individu-individu dan kumpulan-kumpulan tersbut untuk mesyuarat secara bersemuka.

Diisu oleh Sekretariat

Majlis Individu Terkemuka

21 Mei 2018